Thursday, March 4, 2010

BIRTHDAY ANAK BONGSUKU

ALHAMDULILLAH
TERIMA KASIH KAMI PANJATKAN KEPADA-MU YA ALLAH SEJAK 17 TAHUN NAN LALU HINGGA KINI DAN SEHINGGA SELAMA-LAMANYA KERANA KURNIAAN-MU INI.

IWAN, DOA KAMI KEPADA ALLAH SENTIASA MENGIRINGIMU SETIAP SAAT DAN SETIAP KETIKA. SEMOGA IWAN AKAN SENTIASA DAN TERUS KEKAL SEBAGAI PERMATA HATI KAMI DUNIA DAN AKHIRAT. SEMOGA IWAN AKAN TERUS BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT DAN SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATIMU. AMIN

ALHAMDULILLAH. HE'S ONE YEAR OLDER 9TH MARCH

Buat suami HARUN B NASIR
Insan yang penuh dengan kasih dan sayang.

Kepada ALLAH subhanahu wa taala, ku panjatkan rasa penuh kesykuran kerana memberikan ruang dan peluang untuk aku mengenali dan merasi erti kasih sayang daripada insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetuskan keinsafan dan memberi aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Buat suami tercinta, doa kepada Allah aku panjatkan khusus buat suami tercinta. Dalam setiap sujudku, aku memohon agar kehidupanmu agar sentiasa dalam rahmat ALLAH. Semoga ALLAH panjangkan umurmu dengan penuh keberkaran, diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki yang barakah. Semoga setiap langkahmu, setiap denyut nadimu, setiap hembusan nafasmu dan setiap apa-apa jua yang terlintas dalam hati dan minda akan diberkati dan diredhai ALLAH.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku , agar aku dan anak-anak kita mampu membuatmu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan ketenangan dihatimu walau dakan aoa-apa juga dugaan yang dikurniai ILLAHI.

Terima kasih ALLAH kerana KAU kurniakan dia untukku....
Terima kasih yang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....