Dearest Allah, only You knows what's best for our lovely and beloved daughter. As ibu and ayah, our prayers to You will always be there yesterday, today and forever :
Terima kasih Allah kerana telah memberi kami anugerah yang tidak ternilai hebatnya 21 tahun yang lalu. Kami terlalu bersyukur semalam, hari ini dan selama-lamanya kerana menganugerahkan Nurul Hazwani kepada kami. Kasih sayang dan doa kami akan sentiasa menyelimuti dan mengiringinya walau dalam apa jua keadaan. Bantu kami ya Allah. Amin.
To you our beloved Kak Ngah Nurul Hazwani, always remember that we'll be always there for you. Happy birthday!!!!!
Wednesday, October 14, 2009
Saturday, October 3, 2009
Lawatan PSK ke NS & Melaka
Majlis Guru dan Kakitangan SEMERA
PUTERI ISLAM IN ACTION
PMR 2009
Yang ditunggu telah tiba.
Setelah 2 tahun 9 bulan 4 hari berjuang, akhirnya yang ditunggu telah menjenguk di muka pintu. Perasaan? Entahlah! Tak pasti. Gembira - kerana akhirnya telah tiba. Takut - adakah mereka telah benar-benar bersedia? Teruja - bagaimanakah prestasi mereka nanti? Bercampur-baur sebenarnya. Tapi itulah nikmatnya menjadi guru @ ibu kepada mereka. Diberi didikan - mereka terima, diberi teguran - mereka akur, dimarah - mereka redha, diberi kasih sayang - mereka menyayangi kita semula!!! Alhamdulillah.Yang ditunggu telah tiba.
Kepada semua calon PMR 2009 khususnya di SMK Raja Ali Kuala Lumpur dan di SMK Felda Besout, Sungkai Perak, selamat bertempur di medan perjuangan. Semoga kalian akan bertuah menerima anugerah kejayaan daripada Allah berkat usaha kalian, kasih sayang ibu bapa, didikan guru-guru dan sokongan rakan-rakan dengan izin-NYA. Good Luck.
Subscribe to:
Posts (Atom)