Saturday, October 3, 2009

PMR 2009
Yang ditunggu telah tiba.
Setelah 2 tahun 9 bulan 4 hari berjuang, akhirnya yang ditunggu telah menjenguk di muka pintu. Perasaan? Entahlah! Tak pasti. Gembira - kerana akhirnya telah tiba. Takut - adakah mereka telah benar-benar bersedia? Teruja - bagaimanakah prestasi mereka nanti? Bercampur-baur sebenarnya. Tapi itulah nikmatnya menjadi guru @ ibu kepada mereka. Diberi didikan - mereka terima, diberi teguran - mereka akur, dimarah - mereka redha, diberi kasih sayang - mereka menyayangi kita semula!!! Alhamdulillah.
Kepada semua calon PMR 2009 khususnya di SMK Raja Ali Kuala Lumpur dan di SMK Felda Besout, Sungkai Perak, selamat bertempur di medan perjuangan. Semoga kalian akan bertuah menerima anugerah kejayaan daripada Allah berkat usaha kalian, kasih sayang ibu bapa, didikan guru-guru dan sokongan rakan-rakan dengan izin-NYA. Good Luck.

No comments:

Post a Comment