Saturday, October 15, 2011

happy birthday dearest nurul hazwani harun

Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas kurniaan-MU 23 tahun yang lalu. Amanah-MU telah kami belai dan didik seperti kehedak-MU. Segala rintangan dan ujian yang KAU beri kami redha. Namun sebagai hamba-hambaMU. hanya padaMU kami memohon. Berikanlah taufik dan hidayahMU kepada puteri kami ini. Berkati setiap langkahnya, setiap denyutan nadinya, setiap hembusan nafasnya dan setiap niat serta amalannya. Bisikkan di hatinya bahawa kasih sayang dan sokongan kami padanya akan tetap menyelimutinya - bukan kerana itu tanggungjawab kami tetapi kerana syukurnya kami atas kurniaanMU itu. Lembutkan hatinya, murnikan tingkahlakunya, gandakan amalannya demi menjadi hambaMU yang cemerlang dunia dan akhirat. Kami redha dengan segala perancanganMU kerana itulah yang terbaik buat kami. Kabulkan pinta kami. Amin. HAPPY 23RD BIRTHDAY NURUL HAZWANI BINTI HARUN.

No comments:

Post a Comment