Wednesday, November 30, 2011

24 days to go

sibuk?
dari celik mata seawal 4.30 pagi hingga pejamkan semula mata pada jam 11.00 malam - ibarat nasi campur or is it better ibarat pecal (sedapnya kuah pecal wak!!!) - banyak aktiviti yang dilakukan. sama ada dirancang atau tidak, sesuatu itu perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh disertai dengan keikhlasan dan niat kerana Allah. kalau tak, sia-sia sajalah.
tugasan rasmi sebagai suri kepada harun nasir, ibu kepada kn, ibu maya kepada along, ky and dik wan, anak kepada ayah dan mak, kak long kepada adik2, mak long kepada anak2 adikku. tugasan sumber rezeki yang hanya tamat selepas 16 sept dan bersambung pula di lokasi lain selepas itu. tugasan 2012 terhadap anak2 4 ikhlas. top of list is tugasan sebagai hamba-MU ya Allah.
sama ada tugasan rasmi, tugasan sumber rezeki, tugasn 2012 atau tugasan2 lain, semuanya di lantai yang sama - bergerak serentak dan sama timbangan.
tapi sebagai manusia yang serba kekurangan, kita mesti pandai bezakan :
imporant and urgent
important but not urgent
nor important but urgent
not important and not urgent
conclusion, tinggal 24 hari untuk pelbagai persiapan. tapi semua tugasan mesti sama timbangan. tak adil kan melebihkan satu tugasan dan mengabaikan tugasan lain. Help me Allah!

No comments:

Post a Comment